THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Tuesday, May 13, 2008

Wanita, fesyen dan tuntutan agama.

Zaman sekarang terlalu banyak fesyen yang menyerlahkan penampilan seseorang. Kalau dulu selekeh, sekarang dah jadi kegilaan. Begitu juga dengan wanita. Saban hari kita lihat tidak kira dimana kita pergi, wanita tetap dengan berbagai fesyen yang membalut tubuh mereka. Wanita muslim Malaysia juga tidak ketinggalan. Peredaran fesyen dan kemajuan rekaan kain terkini sedikit sebanyak telah menenggelamkan ciri keislaman wanita masa kini. Yang masih menjadi trademark keislaman hanyalah, tudung. Mungkin ada antara anda yang tidak setuju dengan pendapat saya. Saya akui, ini bukan sekali dua saya ketengahkan perkara ini. Rata-rata ramai orang menolak pemikiran saya dan kebanyakkan daripada mereka adalah kaum wanita. Sesetengah wanita berpakaian hingga terlupa ada bahagian yang perlu ditutup. Ada yang menutupi semuanya tetapi orang boleh tahu warna apa bajunya, ada yang longgar pakaiannya tetapi orang boleh nampak apa bentuk kakinya. tidak semua orang yang terlalu memerhati pakaian dan tubuh wanita tetapi mereka akan ternampak dengan sendirinya apa yang hidangkan didepan mata kerana kelalaian dan kecuaian wanita tersebut dalam menjaga cara pemakaiannya.

Berikan pandangan anda tentang info di atas dan tinggalkan komen anda..

Sunday, May 11, 2008